Pages - Menu

Thursday, August 5, 2010

The more I read, the weirder it gets!! hahahaha!!!

According to the fellow who created this quiz, we need to answer this in full Bahasa Melayu. So, this is it! 

1. Bekas kekasih saya adalah :
:: tidak pernah wujud kerana saya hanya mempunyai seorang kekasih dan saya masih bersamanya. wahahahahaha!!!

2. Saya sedang mendengar :
:: bunyi hujan yang turun amat lebat serta lagu permainan komputer yang adik lelaki saya sedang bermain di ruang belajar.

3. Mungkin saya patut:
:: mandi kerana hari telah mulai malam! Hahaha!!

4. Saya suka :
:: apabila saya berada didalam bilik dan berasa tenang, tanpa gangguan adik-adik.

5.Sahabat-sahabat baik saya :
:: mempunyai karenah dan gaya yang tersendiri. Namun begitu, saya amat menyayangi mereka sepenuh hati!

6.Saya tak paham :
:: mengapa wujud orang yang suka mengata dan memburuk-burukkan orang lain sedangkan golongan ini tidak sedar bahawa mereka sendiri mempunyai cacat cela.

7.Saya kehilangan :
:: Saya tidak rasa kehilangan :D

8.Ramai yang berkata :
:: saya ini seakan-akan orang barat atau orang Amerika. Saya menerimanya sebagai satu pujian kerana ia adalah apa yang saya impi-impikan! hahahahaha!!

9.Makna nama saya :
:: boleh ditemui di dalam alkitab.

10.Cinta itu adalah :
:: sesuatu yang sangat objektif dan pelbagai. Kita boleh mempunyai perasaan cinta bukan sahaja terhadap insan yang istimewa, malah kita harus mencintai ibu-bapa, adik- beradik, kawan-kawan, datuk nenek. Selain itu, kita juga boleh mencintai binatang peliharaan kita dan juga yang bukan hidup seperti barang kesayangan kita.

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
:: sedang membelek majalah atau sedang menyiapkan diri untuk ke majlis perkahwinan?? O_O 

12.Saya akan cuba :
:: untuk mengurangkan berat badan saya sebelum semester depan kerana saya dapat merasakan yang diri saya semakin 'membesar'!! Oh tidakkkk!!! :D

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
:: bergantung kepada situasi atau ayat yang selanjutnya tetapi pada pendapat saya, selamanya bermaksud satu tempoh masa yang tidak ada penghujungnya atau dikenali sebagai infiniti.

14.Telefon bimbit saya :
:: adalah berwarna hitam dan saya sudah mulai bosan dengannya kerana fungsinya yang terhad dan saya berharap saya mampu membeli telefon bimbit baru yang lebih baik dari yang sekarang.

15.Bila saya terjaga dari tidur :
:: saya akan melihat jam berapa sudah dan memeriksa telefon bimbit saya jika mempunyai pesanan ringkas kemudian sambung tidur.

16.Saya paling meluat apabila :
:: saya terlihat kaum muda mudi zaman sekarang, terutamanya perempuan yang mengagung-agungkan Justin Bieber. Malah Justin Bieber memang meluatkan saya, sama seperti Miley Cyrus dan pelakon-pelakon Jersey Shore! Saya juga meluat melihat wanita-wanita yang sanggup menghabiskan wang ringgit untuk mengubah saiz buah dada kepada yang lebih besar. 


17.Pesta/Parti adalah :
:: satu majlis atau keramaian yang membolehkan kita bersosial dan mengeratkan hubungan sillaturahim. hahaha

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
:: anak ikan nemo.

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
:: apabila saya meningkat remaja! 

20.Hari ini :
:: seperti biasa, saya telah lakukan pelbagai kerja rumah dan demam. 

21.Malam ini saya akan :
:: bertelefon dengan teman lelaki saya~ wahaha!

22.Esok pula saya akan :
:: ulangi rutin harian saya! Ya, hidup saya adalah bosan

23.Saya betul-betul inginkan :
:: lensa kamera baru untuk kamera saya, wang yang banyak untuk kegunaan saya. Namun yang paling penting, kebahagiaan yang abadi bersama orang-orang yang saya sayangi dan tidak perlu risau tentang rupa paras saya yang sememangnya tidak lawa! hahaha!!

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
:: saya kelihatan amatlah tidak menawan!!! hahahahaha!!

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
:: saya memilih pusat membeli belah kerana saya merupakan sejenis orang yang sangat suka membeli-belah!!

26.Makanan Barat atau Jepun :
:: Saya tak kisah~~~

27.Bilik yang terang atau gelap :
:: terang kerana saya takut akan kegelapan

28.Makanan segera adalah :
:: makanan yang saya jarang makan!

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
:: Saya amat merindui dan menyayangi kamu semua. Tidak tertakluk kepada 1 individu sahaja! :D


2 comments:

  1. wth????!!!u sound weird when u speak malay!!!hahaha!!

    ReplyDelete
  2. hahahahahahaha!!! i know right??? it's like an american speak in malay... hehehehehe XD

    ReplyDelete